Wednesday 19 March 2014

2014

السلام عليكم

Lama sungguh tak update blog.. belum jumpa masa yang sesuai.. rasanya hampir 2 tahun kot x update.. tremendously awesome =_='

First thing nak story dalam blog a.k.a diari ni adalah tentang diri aku selepas tamat final exam last semester yang lepas sehinggalah ke tahun 2014 sekarang..
* actually update tajuk ni sebab last post tentang study kan? ;) maaf juga kerana membahasakan diri sendiri as 'AKU' *

Okay kita start dengan selepas tamat final exam last semester.. fuh,memang heavennya masyaAllah,SubhanAllah,Alhamdulillah and Allahuakbar ! hehe.. maklumlah.. dah pulun sungguh study,mudah-mudahan Allah terima sebagai ibadah.. :) 6 semester dihabiskan untuk diploma.. kawan-kawan yang sebaya majoriti bakal memegang ijazah.. tapi tidak aku.. aku memilih untuk ikut apa yang parent dah tentukan.. Mereka kata ambil diploma dulu,aku ikut.. and kemanisan dengar kata parent tu rasa sampai sekarang.. dimana Alhamdulillah sangat-sangat bila dapat anugerah dekan setiap semester dan konvo dengan diploma kelas pertama ! Syukur pada Allah.. :) Dan kemanisan yang aku dapat rasa lagi kini ialah bilamana selepas 2 bulan jadi penganggur dirumah,aku dipanggil untuk mengajar di sebuah sekolah swasta di Simpang Renggam,Johor.. Aku laporkan diri juga kerana niat nak cari pengalaman dalam setahun mengajar.. In sha Allah,selepas ini aku akan dipostingkan ke sekolah yang lain.. cuma tunggu masa kena interview je.. hmm~
Dan syukur Alhamdulillah,sekarang tengah proceed sambung UIA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan kepujian.. PJJ je la~ tak larat mak nak full time woiii~ haha.. :D
In sha Allah,dimana ada kemahuan disitu ada jalannya yang Allah nak beri.. just put your trust to HIM ;)

Okay yang kedua,nak cerita tentang perkembangan sekarang.. Alhamdulillah.. semakin baik.. biasalah,stress bekerja dan kegirangan mendapat gaji.. hehe..barulah time ni rasa "oh macamni rupanya ayah rasa cari duit..baru aku tahu rasa susahnya nak dapat duit..fuh..telan air liur jela pertengahan bulan"..
Itulah ayat pertama yang aku sebut,tapi dalam hati je la.:D
Terima kasih ayah kerana dah sara kami sekeluarga,besarkan kami dan beri kasih sayang serta pendidikan,ilmu agama yang tak pernah kurang pada kami adik-beradik,terima kasih imam mama ! ;)
Terima kasih juga untuk mama.. yang sentiasa sabarrrrr dengan kerenah anak-anaknya especially aku yang sangat nakal dari kecil sampai besar.. tapi bila dah umur hampir 23 tahun ni tak adalah kan nakal lagi.. In sha Allah,besar dah anak mama ayah sekarang ;)

Syukur pada Allah kerana mencaturkan diri dan hidup yang sangat sempurna ini.. Sungguh,percaturan Allah lebih hebat dan lebih mengagumkan ! MAHA SUCI ALLAH..

Nampaknya,nak kena pen-off sekarang.. sebab ada kelas selepas ni.. In sha Allah lain kali,lain hari,sambung taip entri lagi.. 



والسلام

No comments: